Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Tanpa guru sudah pasti saya tak mampu membaca dan mengira,,,, di sini saya amat berterima kasih pada guru-guru yang telah mendidik saya seketika dahulu. DI SINI SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH SETINGGI GUNUNG ATAS SUMBANGAN CIKGU-CIKGU MENDIDIK ANAK BANGSA.
Cikgu mempunyai jiwa yang tidak akan mengalah dan lemah kepada teguran sinis. Jika CIKGU hampir terlena, sedarkan diri dengan pemikiran bahawa ada jiwa yang perlu diisi dengan ilmu dan sentuhan kemuliaan. Cikgu di ibaratkan pembina ukiran ais, penuh perhatian dan kesabaran..AMAT BESAR PENGORBANAN MU CIKGU..
SELAMAT HARI GURU.SELAMAT HARI GURU. SELAMAT HARI GURU

Saturday, May 9, 2009

SUARA BELIA ....
SUARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN


Kuasa dan suara belia amat besar pengaruhnya. Sejarah membuktikan bahawa dalam menuntut kemerdekaan, generasi muda terdahulu berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di dalam menuntut kemerdekaan dari penjajahan British. Suara, pendapat dan perjuangan generasi muda yang lahir daripada golongan cendiakawan mampu diterima dan didengari oleh rakyat. Ini membuktikan bahawa generasi muda mampu menjadi pencetus kepada ideologi dan semangat baru. Kini peranan dan tanggungjawab golongan belia masih sama.

Bezanya belia terdahulu menuntut kemerdekaan manakala belia masa kini bertanggungjawab mengisi erti kemerdekaan. Walaupun terdapat pelbagai cara dalam meluahkan makna kemerdekaan, namun usaha pembentukan satu negara yang maju dan terbilang masih menjadi matlamat yang satu. Sejak merdeka, negara kita telah mengamalkan konsep demokrasi yang mana ianya menerima suara rakyat dalam menentukan tampuk pemerintahan negara.

Berdasarkan populasi belia yang ada pada hari ini iaitu sebanyak 11 .97 juta orang, potensi mereka adalah amat besar untuk menerajui negara. Hakikatnya, percambahan idea-idea berterusan daripada golongan belia adalah penting bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar dan perancangan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang rasminya diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merupakan satu badan perwakilan yang membolehkan belia menyuarakan hak, pendapat, idea, pengetahuan dan tindakan.

Semasa merasmikan penubuhannya, Tun Abdul Razak Husein menyatakan bahawa MPBN merupakan sebuah ‘Parlimen Belia’. Belia bersidang untuk menentukan dan membincangkan haknya sendiri. Ini membuktikan terdapat saluran yang boleh digunakan oleh belia untuk meluahkan pendapat mereka. Hasil kemajuan yang dikecapi pada hari ini, membolehkan perhubungan daripada teknologi diterima oleh semua. Penggunaan blog umpamanya, merupakan cetusan baru yang berupaya membantu golongan belia menyuarakan hak mereka. Perbincangan dan diskusi yang dilahirkan dapat digunakan sebagai sandaran dan iktibar oleh pelbagai pihak.

Hakikatnya golongan belia tidak memerlukan pengiktirafan yang tinggi. Walau bagaimanapun mereka mahukan suaranya didengari. Semoga percambahan minda yang bernas yang datang daripada generasi muda berupaya membantu meningkatkan kemajuan negara.

Petikan: suara belia

LIBERALISASI & PEMANSUHAN 30% EKUITI BUMIPUTRA

APAKAH KESAN LIBERALISASI MERUGIKAN BUMIPUTERA

suntingan: blog srikandi/wikipedia

Liberalisasi bermaksud kebebasan tampa sekatan yg luas. Hanya ditekankan pada sektor-sektor kecil yg separa aktif dan tidak pada sektor-sektor yg besar. Diantara yg terlibat adalah sektor pertanian, kewangan, sukan/rekreasi dan lain-lain lagi.

Pemansuhan 30% ekuiti bumiputra utk memberi peluang 100% ekuiti kpd pelabur-pelabur asing dilihat sbg langkah berani kerajaan utk menyuntik aliran wang aktif dalam pasaran M'sia. Mmg bijak PM baru kita ini..KENAPA TAWARAN INI DI LAKUKAN OLEH PM YG BARU??? Tawaran dibuat utk menarik ramai pelabur-pelabur baru utk menjana pendapatan rakyat M'sia...taNpa kita sedar hak 30% ekuiti bumiputra ini masih terpelihara. Cuba kita tgk contoh berikut, kita lihat dlm liberalisasi kewangan yg baru diumumkan tempoh hari, mewujudkan 2 bank Islam berskala besar, 5 bank perdagangan dan 2 syarikat takaful keluarga dilancarkan secara berperingkat mulai tahun ini..pegangan 100% ekuiti pelabur asing ini hanya terhad kpd penubuhan 9 bank ini sahaja. Kalau kita lihat ianya adalah untuk umat-umat Islam M'sia yg kebanyakan org-org melayu.


Walaupun ekuiti pelaksanaannya dipegang 100% pelabur asing tetapi skim-skim & saham-saham amanahnya kelak akan ditawarkan lebih 50% kpd umat-umat Islam M'sia. itulah yg perlu kita lihat. Hanya org-org yg cepat melatah sahaja yg menolak perlaksanaannya.

Kita lihat pula dlm sektor pertanian. Apa-apa program kerajaan kelak akan melibatkan penggunaan tanah yg besar sebagai kos. Sekiranya 100% ekuiti pelabur asing terlibat ia akan disalurkan utk menyewa tanah-tanah milik org melayu dan secara tak kita sedar org-org melayu ini akan ditarik utk mengikuti program bersama pelabur. Semua sedia maklum, tanah-tanah pertanian di M'sia tidak boleh ditukar milik kepada org-org bangsa asing melainkan bumiputra dan modal suntikan yg besar ini dapat meningkatkan teknologi pertanian M'sia. Kebanyakkan sektor pertanian kita pun dimonopoli oleh org-org melayu...

Wasalam

MARILAH KAWAN-KAWAN KITA CUBA RENUNGKAN DAN BERFIKIR SECARA RASIONAL DAN JANGAN CEPAT MENGHUKUM TANPA MEMAHAMI DALAM KONTEKS YANG LEBIH LUAS.

Friday, May 8, 2009

Lim Guan Eng memperlekeh hukum Islam

Dalam rakaman ucapan Lim Guan Eng di DAP Wanita Workshop 2009 pada pagi tarikh lebih kurang April 25hb, dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memperlekehkan hukum dan budaya poligami amalan orang Islam.

Workshop yang bertema "Implement Gender Agenda as a DAP Strategy to the Hearts and Minds of Men and Women" berlangsung di Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Berikut adalah kenyataan beliau:
"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"

Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton.Ini adalah satu kenyataan kurang ajar yang menghina amalan yang dibenarkan oleh ugama Islam ke atas penganutnya.Sebagai orang bukan Islam, mereka tidak ada hak untuk mempersoalkan kebudayan dan hukum-hukum agama Islam. Inikan pula agama Islam adalah lebih tinggi taraf sebagai agama Persekutuan yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

Bukankah ini adalah hak asasi orang Islam untuk mengamalkan kebudayaannya?Dalam mereka mempermainkan amalan poligami di kalangan orang Islam, adakah amalan poligami juga tidak berlaku dan diterima di kalangan kaum Cina? Malah lebih teruk lagi, isteri kedua dan seterusnya tidak mempunyai hak undang-undang berbanding dengan amalan poligami orang Islam.Mengapa ini tidak diperjuangkan DAP dan diberi penakanan oleh DAP?

Poligami diamalkan di kalangan saudagar dan hartawan Cina. Tentu sekali mereka tidak mahu lakukan kerana ianya akan memutuskan aliran pembiayaan parti DAP dari saudagar dan hartawan Cina.

Dari segi politik, di manakah kononnya kata-kata meraikan kepelbagaian ugama dan budaya berbilang kaum yang diwar-warkan oleh ideologi Malaysian Malaysia anjuran DAP? Dimanakah sikap kemanusian untuk hormat menghormati sesama insan?

Kenyataan ini hanya menunjukkan lagi sikap prejudis perkauman disebalik topeng demokrasi dan kemanusiaan yang mereka konon war-warkan.

Ianya juga menunjukkan dengan peningkatan pengaruh dan kuasa politik, Cina-Cina DAP sudah sanggup lakukan apa saja termasuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ideologi politik mereka dan dan hak asasi manusia untuk mengembangkan pengaruh.Bayangkan saja, apa lagi yang mereka sedia lakukan jika berkuasa?

Rujukan :http://pesanan-pesanan.blogspot.com/

Saturday, April 18, 2009

PEREBUTAN HARTA GHANIMAH DALAM PAS

Nampaknya para pemimpin dan penyokong PAS di seluruh negara sekarang ni sedang sibuk mencaturkan politik masing-masing menjelang Muktamar PAS yang akan diadakan pada bulan JUN nanti. Maklumlah dulu PAS hanya ada sebuah negeri sahaja iaitu Kelantan.

Tetapi, bila dah terbukti Pakatan mereka bersama PKR dan DAP dah nampak hasilnya di Kedah, P.PInang, Perak dan Selangor, maka mulalah muncul ramai pemimpin-pemimpin mee segera dan juga pro liberal yang mengatakan bahawa golongan 'ustaz' dan tak relevan lagi dalam PAS.

Mereka mula mengatakan bahawa Tuan Guru Hj Hadi Awang dan juga timbalannya Nasaruddin Mat Isa tidak pandai untuk memimpin parti. Mereka dikatakan lemah dan tidak berkeupayaan untuk menjadi pemimpin negara jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 nanti bagi membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Alamak, apasal pulak PAS sekarang ni. Bukankah selama ini Hadi Awang dan regunya nasaruddin Mat Isa yang telah berjaya membawa gelombang rakyat bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menjatuhkan BN di empat buah negeri(Kedah, Penang, Perak dan Selangor ). Nik Aziz hanya duduk berkampung dan mempertahankan Negeri Kelantan saja, dan tak berkembang ke mana-mana. Takkanlah dengan sebab negeri Terengganu yang diperintah PAS pada 1999-2004dan kemudiannya jatuh semula ke tangan UMNO pada 2004 hingga kini, maka Hadi awang dipersalahkan.

Saya dengar juga cerita yang dibawa oleh para penyokong ta'asub Nik Aziz dan Husham Musa di kampung-kampung bahawa Hadi awang tak layak jadi PM dan jadi Presiden PAS kerana tak mampu tadbir negeri Terengganu pada 1999-2004. Mereka kata, Nik Aziz bijak sebab tu PAS boleh bertahan di kelantan tapi, Hadi Awang ni tak pandai jaga negeri. Tu pasal UMNO menang semula pada tahun 2004 dan 2008 yang lalu.

Sebenarnya, pemimpin PAS dan juga ahli-ahlinya yang pro liberal yang diketuai oleh Husam Musa dah terbeliak biji mata dan juga dah meleleh air liur masing-masing bila lihat Pakatan Rakyat dah mampu memiliki negeri-negeri kaya seperti Penang, Perak dan Selangor. Apatah lagi impian mereka jika 3 tahun lagi akan memiliki pula seluruh Malaysia. Dah tentu banyak harta pusaka UMNO dan juga harta-harta rampasan perang hasil daripada kemenangan dalam PRU-13 nanti dapat diagih-agihkan sesama mereka. Golongan 'ustaz' dalam PAS ni bukannya tahu menggunakan nikmat harta dan mereka tak reti nak berseronok. Hanya golongan pro liberal sahaja yang boleh menggayakan harta pusaka peninggalan BN nanti .

Kepada para penyokong PAS yang totok,,,perangai pemimpin PAS lebih teruk dari Pemimpin UMNO..mana akan hilan pimpinan Ulama.... Apa dah jadi ...Belajarlah berfikir secara Matang dan rasional...berlapang dadalah wahai insan...segala yang baik dari allah dan yg buruk adalah kelemahan diri ambo yang lemah.

Saturday, April 4, 2009

Pengenalan Iluminate: Yahudi, Israel dann Zionis

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza.Menurut sejarah Islam, Yahudi adalah nama bagi orang-orang yang tidak beriman kepada Nabi Musa

Alaihissalam dan mengagungkan kitab Talmud. Adapun yang beriman kepada Nabi Musa dan kitab Taurat, mereka itulah yang disebut Bani Israil.Zionisme pula adalah satu ideologi atau kefahaman yang bertentangan dengan kitab Taurat( kitab Allah untuk umat Nabi Musa Alaihissalam).

Istilah Zionisme, berasal dari kata Zion dalam bahasa Ibrani (Yahudi), yang berarti batu. Maksudnya, ialah batu bangunan istana yang didirikan oleh Nabi Sulaiman di kota Al-Quds, Jerusalem, Israel. Kata Zionis ini kemudian dipergunakan sebagai nama suatu ideologi yang diikuti oleh bangsa Yahudi di seluruh dunia, yaitu bahwa bangsa Yahudi akan mendirikan kerajaan Israel Raya dengan Al-Quds sebagai ibu kotanya.

Kitab Talmud atau Taurat orang Yahudi (bukan Taurat Nabi Musa), yang dijadikan pegangan bagi kekuatan setan untuk menguasai dunia, sehingga bumi ini penuh dengan kejahatan, kezaliman dan penindasan.Selama berabad-abad, umat Islam memperlakukan kaum Yahudi dengan sangat bersahabat dan mereka menyambut persahabatan ini dengan kesetiaan. Namun, hal yang telah merusak keadaan ini adalah Zionisme.Zionisme muncul pada abad ke-19.

Dua perkara yang menjadi ciri menonjol di Eropah pada abad ke-19, ialah rasist dan kolonialisma, begitu terpengaruh pada Zionisme. Ciri utama lain dari Zionisme adalah bahwa Zionisme adalah ideologi yang jauh dari agama.Orang-orang Yahudi, yang merupakan para mentor ideologis utama dari Zionisme, memiliki keimanan yang lemah terhadap agama mereka. Bahkan, kebanyakan dari mereka adalah fahaman ateis.Mereka menganggap agama Yahudi bukan sebagai sebuah agama, tapi sebagai nama suatu ras. Mereka meyakini bahwa masyarakat Yahudi mewakili suatu ras tersendiri dan terpisah dari bangsa-bangsa Eropah.

Oleh itu mustahil bagi orang Yahudi untuk hidup bersama mereka, sehingga bangsa Yahudi memerlukan tanah air tersendiri.Hingga saat kemunculan Zionisme di Timur Tengah, ideologi ini tidak mendatangkan apapun kebaikan selain pertikaian dan penderitaan.

Dalam masa di antara dua perang dunia, berbagai kelompok terorist Zionisme melakukan serangan berdarah terhadap masyarakat Arab dan English. Di tahun 1948, menyusul didirikannya negara Israel, strategi perluasan wilayah Zionist telah mengheret keseluruhan Timur Tengah ke dalam kancah kekacauan dan peperangan.

Titik awal dari Zionisme yang melakukan segala kebiadaban ini bukanlah agama Yahudi, tetapi Darwinism Sosial, sebuah ideologi rasist dan kolonialist yang merupakan warisan dari abad ke-19. Darwinism Sosial meyakini adanya perjuangan atau peperangan yang terus-menerus di antara masyarakat manusia.

Dengan mengindoktrinkan ke dalam otak mereka pemikiran “yang kuat akan menang dan yang lemah pasti terkalahkan”, ideologi ini telah mengheret bangsa Jerman kepada Nazisme, sebagaimana orang-orang Yahudi kepada Zionisme.Kini, banyak juga kaum Yahudi yang taat beragama, menentang Zionisme. Sebagian dari kaum Yahudi yang taat ini tidak mengakui Israel sebagai negara yang sah dan menolak untuk mengakuinya.

Negarawan Israel Amnon Rubinstein mengatakan: “Zionisme adalah sebuah pemberontakan melawan tanah air (Yahudi) mereka dan sinagog(tempat ibadat) para Pendeta Yahudi”. (Amnon Rubinstein, The Zionist Dream Revisited, hlm. 19)Zionisme, yang tindakannya bertentangan dengan ajaran Taurat Nabi Musa, pada kenyataannya adalah suatu bentuk fasisme, dan fasisme tumbuh dan berakar pada keingkaran terhadap agama, dan bukan dari agama itu sendiri. Oleh yang demikian, yang bertanggung-jawab atas pertumpahan darah di Timur Tengah bukanlah agama Yahudi, melainkan Zionisme, sebuah ideologi fasisme yang tidak berkaitan sama sekali dengan agama.

Akan tetapi, sebagaimana yang terjadi pada bentuk-bentuk fasisme yang lain, Zionisme juga berupaya untuk menggunakan agama sebagai alat untuk meraih matlamat dan tujuannya.Orang-orang Zionist sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948.Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung.

Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengamalkan agama yang dikenali sebagai Judisme. Judisme adalah Ideologi Zionisme.